Isnin, 24 Jun 2019

Watak Kegemaran dalam Kelas



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hye. Baiklah, ini merupakan tugasan terakhir bagi blog iaitu watak kegemaran dalam kelas Pengurusan Pembelajaran. Tugasan ini meminta kami untuk mencari siapa watak kegemaran dalam kelas Pengurusan Pembelajaran sepanjang kelas tersebut berjalan. Kalau saya, saya menyukai dua watak ini kerana ada kelainan antara mereka.

Watak pertama yang saya ingin ajukan ialah pensyarah Pengurusan Pembelajaran bagi kumpulan O iaitu, Cik Izazol binti Idris. Baiklah ada beberapa sebab yang menyebabkan saya gemar dengan watak beliau sewaktu mengajar dalam kelas. Cik Izazol seorang yang sangat memahami pelajarnya iaitu kami semua. Hal ini saya dapat kenal pasti semasa pembentangan berjalan iaitu beliau selalu mengalihkan perhatian bercakap terlebih dahulu bagi membolehkan para pelajar dihadapan untuk membuat persiapan semasa membentang tajuk masing-masing. Selain itu, Cik Izazol seorang yang sangat berdedikasi dan peramah orangnya. Cik Izazol akan bergerak ke serata kelas untuk menumpukan perhatian kepada pelajarnya serta menyoal pelajar-pelajar tersebut . Bukan itu sahaja, Cik Izazol juga jenis yang suka mengenali orang seperti pelajar-pelajar yang ada dalam kelas tersebut. Sebagai contoh, beliau selalu menanyakan nama pelajar beliau siap ada gelaran lagi. Kawan saya sudah kena, jadi Ustaz dalam kelas. Akhir sekali, apa yang saya suka akan Cik Izazol ini ialah beliau seorang yang berjiwa muda walaupun dah kira berumurlah sikit. Hihihihi. Jiwa muda yang saya maksudkan ialah beliau mengikuti perkembangan semasa yang membolehkan beliau mudah mendapat tempat di hati para pelajarnya.

Baiklah, watak kedua yang ingin ulas ialah kawan baik saya. Saya panggil dia sebagai Nana. Nana ni merupakan rakan seperjuangan saya mengambil program yang sama. Apa yang menarik tentang Nana memang cantiklah. Maklumlah, orang semenanjung terutama Kelantan memang cantik-cantik belaka. Hihihi. Nana ni seorang yang baik dan penyayang. Dia selalu mengambil berat akan orang lain melebihi dirinya. Saya masih teringat masa saya tidak ada kewangan kerana lambat mendapat biasiswa, Nana lah yang membantu saya dalam kewangan saya dan saya amat berterima kasih kepadanya kerana sudi menjaga kebajikan saya di sini. Selain itu, Nana ni jenis yang tidak berapa minat perkara lain, melainkan badminton. Cakaplah apa yang seronok kat dunia ni, dia cuma pilih dua, konsert dan badminton benda lain tak lut. Nana ni juga seorang yang penyayang terhadap keluarga. Saya selalu mendengar dia bercakap dengan keluarganya. Nana ni seorang yang tegas, kalau dia dah kata macam tu, macam tu la jadinya, janganlah nak ubah. Hari tu masa tugasan luar, saya terlambat bangun, dia dah set jam 6.00, habis sejam lewat saya bangun. Habis dibebelnya sepanjang perjalanan ke kawasan kajian. Akhir sekali, apa yang buat saya tertarik dengan perwatakan Nana, dia ada 2 versi suara. Satu suara nyaring dan satu suara garau. Kadang dengar nyaring kadang garau. Yang paling penting, perwatakan yang paling menarik antara semua, dia seorang yang manja dan manis orangnya. Kalau perasan, kat pipi dia ada lesung pipit katanya. HAHAHAHA.

Itu sahaja daripada saya, saya ingin ucapkan terima kasih sepanjang kelas ini berlangsung dan terima kasih kepada Cik Izazol kerana telah mencurahkan tenaga dan ilmu yang ada bagi membolehkan kami tahu tentang pengurusan pembelajaran daripada pengurusan bilik darjah sehingga ke persekitaran. Semoga ilmu ini bermanfaat buat kami yang bakal mendidik anak bangsa nanti. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengurusan Sekolah Selamat

Berikut merupakan  keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM....