- memenuhi masa yang diperuntukkan
- menepati kehendak objektif
- berkesan sepanjang waktu pengajaran
- menarik perhatian dan tidak membosankan
Objektif pengurusan ini juga dapat dilihat menerusi ojektif implisit iaitu melibatkan tingkah laku ketara seperti memahami, mengetahui, serta menghargai sesuatu yang diajarkan. Manakala objektif eksplisit iaitu melibatkan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenarai, menjelaskan, memberi contoh, menunjukkan cara yang betul terhadapt sesuatu yang telah diajarkan.
Buku rekod mengajar
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil. 3/1999, buku rekod mengajar murid wajib mengandungi dua perkara penting iaitu
- Rancangan Pelajaran Tahunan
- Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
- Objektif pengajaran
- Strategi pengajaran yang sesuai
- Bahan bantu mengajar
- Maklum balas pelajar
- Penilaian
Beralih kepada sumber pengajaran. Sumber yang betul amatlah penting bagi membolehkan maklumat yang sampai kepada pelajar adalah tepat dan diperbaharui. Selain itu, sumber juga sangat penting menjadi alat bantu mengajar bagi menghidupkan suasana pembelajaran bagi memudahkan pelajar untuk faham akan subjek yang diajarkan.
- Buku teks
- Buku rujukan
- Buku latihan
- Lampiran nota
- Alat audio visual
- LCD
- Komputer
- Peta/gambarajah
Berikut merupakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai peranan masing-masing. Set induksi yang memulakan proses P&P. Set induksi akan menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang minat pelajar. Antara teknik yang digunakan termasuklah soalan, kejutan, isu semasa dan gambar. Manakala perkembangan P&P pula berlaku apabila penyampaian isi pelajaran bermula. Hal ini akan menyebabkan penyerapan, pengukuhan, dan pengayaan yang mewujudkan hasail pembelajaran murid. Akhir sekali, bahagian penutup dimana aktiviti yang dijalankan seperti susulan, penilaian objektif pengajaran, membuat kesimpulan dan rumusan berlaku.
Kesimpulannya, kita dapat melihat betapa penting aspek pengurusan alam pembelajaran yang akan menentukan hala tuju pengajaran yang berlangsung dalam kelas. Para guru hendaklah membuat sesuatu pendekatan yang jelas dan baik bagi memastikan para pelajar mampu belajar dengab baik sekali gus mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam rancangan pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan