Pengurusan murid merupakan suatu item yang sangat penting dalam satu sistem pendidikan kerana ianya melibatkan hal ehwal pelajar yang bersekolah. Hal ini yang demikian kerana pengurusan murid ini mampu membantu para guru mengenal pasti para pelajar bagi membolehkan guru mengambil pendekatan yang betul dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai masalah kewangan dalam dikenal pasti melalui pengurusan ini yang membolehkan pihak sekolah membantu meringankan beban pelajar dalam dari aspek keperluan rutin seperti kewangan. Pengurusan murid boleh dibahagikan kepada dua iaitu rekod murid dan kesediaan belajar yang melibatkan motivasi.
Pengurusan Rekod Murid
Hal ehwal pengurusan rekod ini telah pun diuar-uarkan dalam pekeliling ikhtisas KPM Bil.9/1978: Kad Rekod Persekolahan. Antara kad persekolahan murid yang wujud ialah:
- Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna Kuning)
- Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna Biru)
Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Kad ini juga perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas dan disiapkan selewat-lewatnya minggu ke 2 Januari. Namun, sistem kad rekod ini telah dimansuhkan pada tahun 2017 setelah keluar pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M iaitu semua maklumat murid disimpan dalam talian iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Berikut merupakan kepentingan rekod murid:
- Memantau kemajuan Murid
- Menjalin hubungan antara guru-ibubapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
- Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.
Kesediaan belajar
Kesediaan murid belajar bermaksud keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Hal ini diukur melalui tiga aspek utama iaitu:
- Kognitif - Berkait rapat dengan mental untuk memahami juga berfikir
- Afektif - Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat, dan nilai untuk menerimma pelajaran yang akan disampaikan
- Psikomotor - Penguasaan kemahiran fizikal termasuklah perkembangan fizikal merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluiruh tubuh badan.
Berkaitan dengan motivasi, motivasi bermaksud suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan. Motivasi ini bertujuan untuk membangkitkan pelajar untuk mencapai tujuan yang diinginkan pada akhirnya kerana bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Terdapat dua teknik yang digunakan bagi memotivasikan pelajar iaitu;
- Teknik Intrinsik
- Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesaut tanoa memikirkan ganjaran
- Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran
- Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
- Teknik Ekstrinsik
- Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuautu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pengurusan murid banyak memainkan peranan dalam urusan pentadbiran mahupun di kelas. Hal ini mendorong kepada sistem sekolah yang menjadi lebnih baik sekiranya pengurusan ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan