Isnin, 24 Jun 2019

Pembelajaran Abad ke-21

Assalamalaikum dan salam sejahtera semua. Pada kali ini saya tidak akan memberi penjelasan yang dalam berkaitan dengan Pembelajaran Abad ke 21 kerana saya merasakan ramai telah mengetahui apakah itu PAK21 dan pada generasi kita sendiri pun sudah merasai serba sedikit berkenaan dengan PAK21 ini. Oleh kerana itu, saya memberi contoh contoh yang ada berkaitan dengan PAK21 yang boleh dimanfaatkan oleh bakal guru serta pendedahan kepada pelajar serba sedikit berkaitan dengan evolusi pendidikan kita pada kini.


  • Gallery Walk (Lawatan ke galeri)

Dalam proses ini, para pelajar akan berjalan ataupun bergerak disekeliling bilik untuk melihat, berfikir serta berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal.


  • Time Capsules (Kapsul Masa)
Guru akan mengambil hasil kerja ataupun pandangan murid pada awal tahun dan akan membuka jawapan itu beberapa bulan kemudian untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis.

  • Chain Line (Rangkaian)
Murid akan membuat rantai kertas dimana pada setiap kertas ditulis idea maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberikan

  • Survey (Tinjauan)
Murid akan membuat tinjauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik.

  • Laungan
Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi memberi idean. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya adalah menyusun semulaidea-idea tersebut secara sistematik

  • Klasifikasi
Menampal kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat. Murid dikehendaki berdiri di mana-mana tempat yang terdapat soalan yang mereka suka/setuju

  • What Matters
Satu teknik menjawab soalan yang diberikan murid bergerak dan melihat serta cuba untuk memahami atau memilih jawapan yang sesuai yang ditampalkan disekitar mereka.

  • Personal Learning Experiences
Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu yang dibincangkan

  • Think - Pair - Share
Murid dikehendaki memikirkan topik yang diberi secara individu. Kemudian murid dikehendaki berbincang dengan rakan dan akhirnya mereka perlu berkongsi maklumat perbincangan dengan pasangan lain, kumpulan, atau kelas.



Jelaslah, bahawa inovasi dalam PAK21 ini memberi banyak manfaat kepada para pelajar kerana cara pembelajaran mula berubah kearah yang kreatif seiring dengan pembangunan negara. Pada pendapat saya, saya amat menggemari pembelajaran Role Play iaitu lakonan dalam kelas berkaitan dengan pembelajaran yang sedang berlansung. Sebagai contoh, para pelajar mengambil watak yang ditugaskan dan melakonkan perwatakan tersebut selari dengan apa yang terdapat dalam penceritaan Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengurusan Sekolah Selamat

Berikut merupakan  keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM....