Isnin, 24 Jun 2019

Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan

Berikut merupakan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak berkaitan dengan Pelaksanaan Guru Penyayang di Sekolah.  Dalam pekeliling tersebut telah dinyatakan bahawa tujuan pelaksanaan ini adalah untuk membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Hal ini telah ditegaskan pelaksanannya melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 78 Tahun 2013 dan Bilangan 9 Tahun 2013, berkaitan denan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang di Sekolah. Selain itu, penambahan untuk melaksanakan amalan 3S iaitu Senyum, Sapa, dan Salam dipraktikkan oleh semua warga sekolah. Akhir sekali semua pengetua dan guru besar diminta mematuhi peringatan ini untuk terus menghayati konsep Amalan Guru Penyayang dan meningkatkan sikap kepedulian guru terhadap muridnya pada setiap masa.

Pada pandangan saya, dasar ini sangat  baik untuk dilaksanakan kerana ia telah menyentuh aspek atau skop yang berkaitan dengan pengurusan penasihatan murid di sekolah iaitu bimbingan, penasihatan, dan mentoring. Hal ini yang demikian kerana pelaksanaan guru penyayang ini mampu mewujudkan keakraban diantara murid dan guru serta membina hubungan yang baik seperti ibu dan anak bagi memudahkan pembelajaran sama ada secara kognitif, psikomotor, dan afektif. Namun pelaksanaan  ini tidaklah begitu jitu sekiranya tidak mendapat sambutan dalam kalangan guru juga pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini yang demikian kerana masih terdapat guru-guru yang melakukan kerja secara sambilewa dan tidak mementing profesionalime sebagai seorang guru.

Selain itu, sekiranya budaya kasih sayang ini wujud dalam di sekolah, maka saya kira suasana yang harmoni dapat diwujudkan dengan kerjasama antara pelajar dan guru. Maka, para pelajar mendapqat galakan dan dorongan untuk menghadirkan diri ke sekolah kerana wujudnya sikap penyayang dalam kalangan guru di sekolah. Akhir sekali, pelaksanaan ini mampu untuk menyelesaikan masalah disiplin dan salah laku di sekolah oleh para pelajar. Terdapat pelajar yang mempunyai masalah dari pelbagai aspek kerana perbezaan yang mereka ada terutama berkaitan dengan latar belakang. Terdapat keluarga yang bermasalah yang akan melahirkan individu yang berada dalam kecelaruan dan masalah kerana terganggu komponen yang paling penting dalam dirinya iaitu komponen afektikf yang mempengaruhi psikomotor serta kognitif. Namun, keperihatinan guru-guru melalui pelaksanaan amalan guru penyayang membolehkan mereka ini mendapat rumah kedua yang mampu mendidik mereka, mengasuh, membimbing mereka memperbaiki hidup yang sedia ada untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang dan baik. Sekian, Terima kasih. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengurusan Sekolah Selamat

Berikut merupakan  keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM....