Berikut merupakan keratan akhbar atas talian yang telah ditulis oleh Petah Wazzan Iskandar dan telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu, 3 April 2019 pada jam 10.50 PM. Menurut akhbar ini muzium boleh membantu memupuk semangat cinta akan negaraq dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, terutama menerusi program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM). Menurut Timbalan Menteri Pnedidikan, Teo Nie Ching, berkata IPIM ialah program pendidikan sebagai usaha mengintegrasikan murid daripada pelbagai latar belakang dan sosiobudaya melalui konsep silang budaya yang menggunakan gabungan pendidikan formal dan tidak fprmal yang boleh diperoleh dari muzium. Beliau berkata, ia merupakan program pembangunan sahsiah murid dengan melawat sebuah muzium ketika di sekolah rendah dan menengah, sekali gus mengiktiraf Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Program ini juga dikatakan menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta merealisasikan Aspirasi Pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Pada pandangan saya, program ini amatlah membantu sekolah menjalankan pengurusan pelbagai budaya. Pelajar yang bersekolah mempunyai pelbagai kebudayaan dan karakter yang berbeza yang menyebabkan indikator yang diperlukan oleh seorang guru memberi penjelasan kepada murid adalah berlainan kerana tahap penerimaan yang berbeza bagi setiap murid. Maka, memerlukan pendekatan yang lebih baik dalam memberi kefahaman kepada pelajar berkaitan dengan apa yang dipelajari di sekolah. Pendekatan ke suatu ruang pembelajaran baru seperti membawa murid ke muzium merupakan salah satu pendekatan yang baik membolehkan para pelajar lebih memahami pembelajaran di sekolah dan melihat semua itu secara fizikal di muzium.
Selain itu, dari perspektif lain pelajar Malaysia juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang merupakan perkara sensitiviti yang perlu dijaga agar mengelakkan masalah berlaku. Dengan adanya program ini mampu memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sejarah pembentukan masyarakat majmuk yang membolehkan mereka terbuka untuk saling menghormati amntara satu dengan lain. Walaupun proses ini agak lama untuk dilihat kesannya kepada pembentukan negara bangsa Malaysia, namun ia mampu merubah Malaysia kearah negara yang lebih baik dan hidup dalam kepelbagaian. (Unity in Diversity)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan