Sekolah merupakan sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk menempuhi alam pekerjaan yang bakal mendatang. Namun, instituti ini tidak mampu berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan daripada masyarakat kerana banyak perkara yang perlu dititikberatkan dalam aspek pendidikan terutama berkaitan dengan luar persekolah. Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan interaksi tiga dimensi interaksi luar sekolah.
Di sekolaj, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, dan murid manakala pihak luar sekolah terdiri daripada sekolah, ibubapa dan masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor dalaman sekolah. Sebagai contoh, kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor dalaman seperti gaya kepimpinan, peranan guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbangkan kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan yang membolehkan tercapai matlamat masyarakat terutama dari segi akademik dan sahsiah.
Terdapat beberapa bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibubapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Namun, pengetua merupakan orang yang berperanan besar dalam merintis pembangunan pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Sebagai contoh, interaksi yabg baik dalam PIBG membolehkan sekolah mendapat sokongan dalam menjayakan program-program sekolah. Tambahan pula, pengetua juga boleh melibatkan komuniti sekitar dalam menjayakan aktivti yang dijalankan oleh sekolah.
Memperlihatkan rajah ini maka jelaslah bahawa sekolah merupakan institusi yang memerlukan sokongan daripada luar agar dapat menjalankan tugas mendidik dengan baik. Hal ini yang demikian kerana proses mendidik tidak tertumpu pada peranan guru sahaja tetapi juga perana masyarakat yang perlu menunjukkan teladan yang baik bagi menghasilkan anak bangsa yang baik dan mampu mencapai kecemerlangan akademik dan akhlaknya. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan