- Suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa
- Perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran
- Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan
- Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pelajaran
Objektif Pusat Sumber:
- Kecemerlangan pendidikan
- Penggunaan kemudahan
- pemupukan tabiat belajar
- penghasilan bahan
- perkhidmatan pembelajaran
- kemahiran maklumat
Fungsi Pusat Sumber:
- Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
- Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
- Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
- pintu masuk maklumat agensi dari luar agensi
- mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasilkkan dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
- penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
- pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
- penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
- penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan:
- Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
- Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
- Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
- Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
- Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS
- Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
- Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.
Peranan pusat sumber amat penting kepada sekolah kerana merupakan sumber rujukan yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan. Namun, kebanyakan sekolah ada yang tidak peka dengan keadaan dalam perpustakaan sehingga bahan bacaan yang sedia adalah lapuk dan kuno. Hal ini menyebabkan pelajar kurang gemar ke PSS dan menyebabkan objektif PSS tidak berjaya dicapai dengan baik. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan