Isnin, 24 Jun 2019

Pengurusan Disiplin

Berikut merupakan keratan akhbar yang telah diterbitkan oleh Kosmo pada hari Rabu, 18 Januari 2012 yang bertajuk "Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan". Sedikit sebanyak dengan situasi diatas, berlaku di Teluk Intan di sekolah SMK Abdul Rahman Talib dimana seorang pelajar tingkatan tiga, Muhammad Ziqril Hakin sedang bergaduh dengan rakannya pada pukul 12.30 tengah hari di sekolah tersebut. Kemudian cikgu tersebut datang dan memukul mukanya sebanyak tiga kali yang menyebabkan pelajar tersebut pengsan. Pelajar ini juga menyatakan bahawa guru tersebut tidak seharusnya melakukan sedemikian. Bagi dia, guru tersebut hanya perlu meleraikan sahaja pergaduhan tersebut tanpa menggunakan kekerasan kepada mereka.

Mengulas perkara ini, menurut Ordinan Pelajaran 1957 Peraturan Disiplin 1959 dalam peraturan 6 dalam tajuk Perwakilan Kuasa oleh Guru Besar menyatakan guru besar sesebuah sekolah bolehg dari semasa ke semasa, tertakhluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi yang disebut di atas tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasak menjalankan hukuman dera tidak oleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar. B Bagi Surat Pekeliling Iktisas Bil.10/2001 menyatakan semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing pelajar.

Saya berpandangan guru tersebut cuba untuk menjalankan tugasan beliau untuk menghentikan perbalahan tersebut. Namun saya kira, tindakan tersebut sangat keras dan tidak patut dilakukan. Hal ini yang demikian kerana sebagai seorang guru kira seharusnya menjalankan tugas dengan penuh kesabaran dan mengawal emosi serta bertindak secara profesional dalam membuat keputusan agar dapat memberi kepuasan kepada semua pihak. Pada pandangan saya, guru tersebut hanya perlu meleraikan sahaja pergaduhan pelajar tersebut dan menyerahkan kepada pihak disiplin untuk menilai masalah tersebut dengan lebih mendalam dan teliti untuk tindakan seterusnya. Ya, perwakilan kuasa memang telah diwujudkan namun, perwakilan tersebut tidak memerlukan kekerasan sebegitu bagi membimbing para murid bermasalah. Itu sahaja daripada saya. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengurusan Sekolah Selamat

Berikut merupakan  keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM....