Berikut merupakan keratan akhbar Sinar Harian yang telah diterbitkan pada 24 Jun 2019, Isnin yang bertajuk KPM akan tambah guru pendidikan khas. Menurut akhbar ini, Kementerian Pendidikan akan menambah bilanga guru pendidikan khas di sekolah-sekolah yang terlibat bagi memenuhi keperluan pelaksanaan 'Zero Reject Policy' untuk murid berkeperluan khas. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain berkata kementerian akan mengenal pasti guru-guru berkelayakan dalam masa tiga bulan untuk menempatkan mereka di sekolah-sekolah yang berkenaan. Setakat ini, sejumlah 15218 guru pendidikan khas yang sedang berkhidmat di kira-kira 8579 Sekolah Rendah dan Menengah yang menawarkan pendidikan khas. Zero Reject Policy dilaksanakan bagi memastikan murid berkeperluan khas menerima pendidikan selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Intergrasi dan Program Inklusif atau ke Sekolaj Pendidikan Khas
Pada pandangan saya, tindakan yang dilakukan oleh KPM amatlah bijak dan baik kerana tindakan ini menampakkan situasi bermanfaat secara bersama. Hal ini yang demikian pelaksanaan ini membolehkan para guru pendidikan khas yang baru sahaja bergraduasi ataupun yang telah lama berada di aliran perdana boleh diserap masuk ke dalam bidang yang sepatutnya yang membolehkan tenaga kerja di Malaysia digunakan secara optimum. Selain itu, pelaksanaan ini membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat kesamarataan dalam pendidikan di Malaysia. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015, setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapatkan kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kesamarataan yang dimaksudkan ialah kesamarataan pelbagai budaya ataupun pelbagai upaya. Kesamarataan inilah yang kita kejar kerana semua individu termasuk mereka yang istimewa ini mempunyai kelebihan masing-masing yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
Kesimpulannya, kita dapat lihat dasar yang dilaksanakan amatlah berpatutan selaras dengan dasr pendidikan yang sedia ada di dalam negara kita. Kesamarataan dalam pendidikan ini seharusnya diperkasa dengan lebih giat agar semua orang mendapat pendidikan yang sama sekaligus melahirkan insan yang mampu mengadapti perubahan globalisasi serta merintis pembangunan negara ke arah yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan