Isnin, 24 Jun 2019

Organisasi dan Kepimpinan

Berikut merupakan keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu, 17 Oktober 2018, 5.56 PM. Artikel yang bertajuk 41 pengetua cemerlang di sekolah berprestasi rendah. Seramai 41 orang pengetua berprestasi cemerlang  akan ditempatkan di sekolah harapan seluruh negara. Mereka adalah kumpulan pertama di bawah projek Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meningkatkan prestasi sekolah. Kumpulan sulung ini akan ditempatkan di sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah selama tiga tahun.

Pada pandangan saya, dasar ini sudah lama dilakukan namun tidak begitu menonjol pada dahulunya. Jelas, bahawa kepimpinan suatu badan organisasi di sekolah sangat penting terutama peranan pengetua yang bakal mencorakkan jentera pentadbiran sekolah bagi menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Hal ini yang demikian kerana kepimpinan yang baik mampu memberi keutuhan dalkam pelaksanaan tugas terutama dalam jentera pentadbiran sekolah. Namun tidak semua bergantung kepada kepala ataupun pengetua semata-mata, para guru yang berada di bawah pentadbirannya juga kena laksanakan tugas dengan sebaiknya bagi membolehkan dasar dan perancangan yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Namun, saya kira agak mencabar tugasan yang diberikan oleh KPM kepada para pengetua ini kerana perlu melakukan suatu pembaharuan di tempat yang berlainan situasi dan pujian harus diberikan kepada para guru ini kerana menyahut seruan KPM dalam merealisasikan pendidikan yang baik untuk semua sekaligus menampakkan keinginan guru ini untuk melihat semua sekolah berada di prestasi yang baik bagi mengadaptasi dengan globalisasi yang kita hadapi sehingga hari ini. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengurusan Sekolah Selamat

Berikut merupakan  keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM....