Berikut merupakan keratan gambar yang telah saya capai di portal rasmi Pendidikan Pencegahan Dadah. Pengarah bagi Pendidikan Pencegahan Dadah ini ialah YBhg Datuk Haji Isa bin Haji Abu. Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan, dan ibubapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Visi dasar ini ialah bagi melahirkan pelajar bebas dadah melalui program pelaksanaan Program Pendidikan Kebangsaan Dadah (PPDA) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas daripada dadah.
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengahuan , kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran " Sekolah Bebas Dadah tahun 2012" Beralih kepada fungsi dasar iaitu:
- Pendidikan pencegahan awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan BHIV/aIDS
- Pengurusan Program intevensi untuk murid yang berisiko dan terlibat meroko, dadah, inhalan alkohol dan HIV-Aids.
- Pengurusan data, penyelidikan, dokumentasi dan publisiti berkaitan PPDA
- Pengurusan Hubungan luar.
Menurut saya, pendidikan pencegahan dadah ini amatlah bagus kepada para pelajar tertutama pelajar sekolah menengah yang semakin meningkat dewasa dan banyak cabaran kepada berkaitan perasaan ingin tahu yang membahayakan mereka. Pendedahan ini membolehkan mereka untuk mengenal pasti dadah bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan sindiket dadah yang amat merbahaya kepada mereka. Dadah merupakan musuh nombor satu negara kerana dadah memberi kesan kepada negara, kepada masyarakat, kepada keluarga, dan kepada diri sendiri yang boleh merencatkan pembangunan negara dan bangsa. Selain itu, program ini juga membolehkan para penguatkuasa untuk mengenal pasti pelajar yang sudah terlibat dalam sindiket ini agar diberi tindakan yang sewajarnya. Hal ini yang demikian kerana, terdapat pelajar yang sudah mula berjinak-jinak dengan jenayah ini sama ada penagih ataupun pengedar yang memberi kesan kepada para pelajar yang lain. Maka jelaslah bahawa Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah ini mampu memberikan kesan secara holistik yang mampu membanteras jenayah ini dari akar umbi sekaligus memelihat pelajar Malaysia daripada terlibat dengan sindiket dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan