Berikut merupakan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh MyMetro dan ditulis oleh Rudy Syareme Sheriffudin pada Rabu, 4 Oktober 2017 pada pukul 4.09 PM. Dalam akhbar ini menyatakan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mahu sekolah dan ibubapa bekerjasama dalam usaha membentuk sahsiah pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta menjadi kebangaan keluarga dalam akademik dan kokurikulum. Pengarah Pendidikan Negeri tersebut, Shaari Osman menyatakan bahawa masalah disiplin yang selalu berlaku dalam kalangan pelajar boleh dikurangkan serta dipupuk dengan membentuk keyakinan diri mereka melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Tumpuan utama bukan sahaja terletak kepada bidang akademik semata-mata malah aktiviti kokurikulum adalah jalan terbaik dalam membentuk pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju masa depan. Beliau berkata sedemikian sewaktu menghadiri Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 diSekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Al-Mashoor di Georgetown.
Pada pandangan saya, saya bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum ini mampu memberi manfaat kepada para pelajar terutama dalam pembentukan sahsiah diri. Kegiatan kokurikulum di sekolah terdiri daripada kelab dan persatuan, unit berunifom, serta sukan dan permainan. Contoh kelab persatuan yang wujud di sekolah seperti Kelab Pusat Sumber, Kelab Geografi, Kelab Kemahiran Hidup. Contoh bagi unit berunifom seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Pertahanan Awam. Kita dapat melihat setiap bidang kokurikulum ini mempunyai kelainan yang tersendiri yang membolehkan para pelajar menunjukkan dan mencungkil bakat mereka yang boleh mewujudkan perkembangan yang seimbang sama ada bidang akademik mahupun kokurikulum. Bidang kokurikulum seperti unit beruniform mampu membentuk sahsiah pelajar dengan menerapkan nilai-nilai seperti kerjasama, tolong menolong, toleransi, kepimpinan dan membentuk disiplin yang kuat. Sebagai contoh, Kadet Polis yang terkenal dengan ketegasan dalam melakukan tugas mampu menjadi medan kepada para pelajar untuk membentuk akhlak yang baik serta mengukuhkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti kawad kaki, perkhemahan, aktiviti menembak, dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti kokurikulum ini juga mampu untuk mencungkil bakat yang sedia ada dalam diri agar digilap dan diasah dengan baik bagi melahirkan insan yang boleh menyumbang kepada negara. Sebagai contoh, kegiatan kokurikulum seperti sukan yang banyak menawarkan bidang permainan seperti bola sepak, badminton, bola baling, bola jaring, dan olah raga. Maka, guru memainkan peranan dalam mengesan bakat ini serta perlu menggilap mereka ini kearah yang lebih baik dan menyalurkan mereka ke peringkat yang tinggi agar dapat dibantu dalam penghasilan atlet yang berkualiti tinggi. Itu sahaja daripada saya, sekian. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan