Berikut merupakan keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM. Artikel yang bertajuk Pengawai polis di sekolah langkah proaktif tangani isu disiplin membincangkan tentang penempatan pegawai polis yang sedia ada di sekolah-sekolah. PDRM senantiasa perihatin dan proaktif dalam menangani masalah disiplin mahupun jenayah dalam kalangan pelajar. Akhbar ini memberi contoh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang menempatkan seorang atau dua pegawai mereka di semua sekolah rendah dan menengah di daerah berkenaan sejak dua tahun lalu. Tindakan berkenaan memberi manfaat kepada 85 buah sekolah di daerah Petaling Jaya, serta memberi lebih keyakinan kepada ibubapa dan penjaga.
Kerjasama antara komuniti sekolah dan agensi kerajaan ini perlu dilaksanakan dengan lebih giat lagi bagi membolehkan status sekolah selamat dapat dicapai oleh sekolah. Hal ini yang demikian adalah penting bagi membolehkan keselamatan para pelajar dijaga dengan baik sekali gus mengelakkan perkara-perkara buruk yang tidak diingin berlaku. Sebagai contoh, jenayah culik yang kian berleluasa pada masa kini yang menyebabkan keselamatan para pelajar tidak terjamin dan menjadi mangsa kepada jenayah. Namun dengan adanya kehadiran agensi kerajaan seperti polis yang mempunyai bidang kuasa membanteras jenayah dikawasan tersebut mengelakkan berlaku perkara yang tidak diinginkan. Selain itu, keselamatan juga terjamin didalam sekolah. Terdapat juga pelajar yang terlibat dalam sindiket jenayah seperti dadah, pelacuran, kecurian dan sebagainya boleh dipantau oleh agensi ini bagi membolehkan salah laku jenayah dilakukan tidak menjejaskan pelajar lain yang berniat untuk belajar. Sekian, terima kasih.