Isnin, 24 Jun 2019

Pengurusan Sekolah Selamat

Berikut merupakan  keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM. Artikel yang bertajuk Pengawai polis di sekolah langkah proaktif tangani isu disiplin membincangkan tentang penempatan pegawai polis yang sedia ada di sekolah-sekolah. PDRM senantiasa perihatin dan proaktif dalam menangani masalah disiplin mahupun jenayah dalam kalangan pelajar. Akhbar ini memberi contoh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang menempatkan seorang atau dua pegawai mereka di semua sekolah rendah dan menengah di daerah berkenaan sejak dua tahun lalu. Tindakan berkenaan memberi manfaat kepada 85 buah sekolah di daerah Petaling Jaya, serta memberi lebih keyakinan kepada ibubapa dan penjaga.

Kerjasama antara komuniti sekolah dan agensi kerajaan ini perlu dilaksanakan dengan lebih giat lagi bagi membolehkan status sekolah selamat dapat dicapai oleh sekolah. Hal ini yang demikian adalah penting bagi membolehkan keselamatan para pelajar dijaga dengan baik sekali gus mengelakkan perkara-perkara buruk yang tidak diingin berlaku. Sebagai contoh, jenayah culik yang kian berleluasa pada masa kini yang menyebabkan keselamatan para pelajar tidak terjamin dan menjadi mangsa kepada jenayah. Namun dengan adanya kehadiran agensi kerajaan seperti polis yang mempunyai bidang kuasa membanteras jenayah dikawasan tersebut mengelakkan berlaku perkara yang tidak diinginkan. Selain itu, keselamatan juga terjamin didalam sekolah. Terdapat juga pelajar yang terlibat dalam sindiket jenayah seperti dadah, pelacuran, kecurian dan sebagainya boleh dipantau oleh agensi ini bagi membolehkan salah laku jenayah dilakukan tidak menjejaskan pelajar lain yang berniat untuk belajar. Sekian, terima kasih.

Organisasi dan Kepimpinan

Berikut merupakan keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu, 17 Oktober 2018, 5.56 PM. Artikel yang bertajuk 41 pengetua cemerlang di sekolah berprestasi rendah. Seramai 41 orang pengetua berprestasi cemerlang  akan ditempatkan di sekolah harapan seluruh negara. Mereka adalah kumpulan pertama di bawah projek Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meningkatkan prestasi sekolah. Kumpulan sulung ini akan ditempatkan di sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah selama tiga tahun.

Pada pandangan saya, dasar ini sudah lama dilakukan namun tidak begitu menonjol pada dahulunya. Jelas, bahawa kepimpinan suatu badan organisasi di sekolah sangat penting terutama peranan pengetua yang bakal mencorakkan jentera pentadbiran sekolah bagi menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Hal ini yang demikian kerana kepimpinan yang baik mampu memberi keutuhan dalkam pelaksanaan tugas terutama dalam jentera pentadbiran sekolah. Namun tidak semua bergantung kepada kepala ataupun pengetua semata-mata, para guru yang berada di bawah pentadbirannya juga kena laksanakan tugas dengan sebaiknya bagi membolehkan dasar dan perancangan yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Namun, saya kira agak mencabar tugasan yang diberikan oleh KPM kepada para pengetua ini kerana perlu melakukan suatu pembaharuan di tempat yang berlainan situasi dan pujian harus diberikan kepada para guru ini kerana menyahut seruan KPM dalam merealisasikan pendidikan yang baik untuk semua sekaligus menampakkan keinginan guru ini untuk melihat semua sekolah berada di prestasi yang baik bagi mengadaptasi dengan globalisasi yang kita hadapi sehingga hari ini. Terima kasih.

Pengurusan Sumber (PSS)

Konsep Pusat Sumber:

  • Suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa
  • Perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran
  • Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan
  • Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pelajaran
Objektif Pusat Sumber:
  • Kecemerlangan pendidikan
  • Penggunaan kemudahan
  • pemupukan tabiat belajar
  • penghasilan bahan
  • perkhidmatan pembelajaran
  • kemahiran maklumat
Fungsi Pusat Sumber:
  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
  • Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
  • pintu masuk maklumat agensi dari luar agensi
  • mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasilkkan dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
  • penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
  • pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
  • penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
  • penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan:
  • Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
  • Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
  • Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
  • Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
  • Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS
  • Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
  • Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.

Peranan pusat sumber amat penting kepada sekolah kerana merupakan sumber rujukan yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan. Namun, kebanyakan sekolah ada yang tidak peka dengan keadaan dalam perpustakaan sehingga bahan bacaan yang sedia adalah lapuk dan kuno. Hal ini menyebabkan pelajar kurang gemar ke PSS dan menyebabkan objektif PSS tidak berjaya dicapai dengan baik. Sekian.

Watak Kegemaran dalam Kelas



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hye. Baiklah, ini merupakan tugasan terakhir bagi blog iaitu watak kegemaran dalam kelas Pengurusan Pembelajaran. Tugasan ini meminta kami untuk mencari siapa watak kegemaran dalam kelas Pengurusan Pembelajaran sepanjang kelas tersebut berjalan. Kalau saya, saya menyukai dua watak ini kerana ada kelainan antara mereka.

Watak pertama yang saya ingin ajukan ialah pensyarah Pengurusan Pembelajaran bagi kumpulan O iaitu, Cik Izazol binti Idris. Baiklah ada beberapa sebab yang menyebabkan saya gemar dengan watak beliau sewaktu mengajar dalam kelas. Cik Izazol seorang yang sangat memahami pelajarnya iaitu kami semua. Hal ini saya dapat kenal pasti semasa pembentangan berjalan iaitu beliau selalu mengalihkan perhatian bercakap terlebih dahulu bagi membolehkan para pelajar dihadapan untuk membuat persiapan semasa membentang tajuk masing-masing. Selain itu, Cik Izazol seorang yang sangat berdedikasi dan peramah orangnya. Cik Izazol akan bergerak ke serata kelas untuk menumpukan perhatian kepada pelajarnya serta menyoal pelajar-pelajar tersebut . Bukan itu sahaja, Cik Izazol juga jenis yang suka mengenali orang seperti pelajar-pelajar yang ada dalam kelas tersebut. Sebagai contoh, beliau selalu menanyakan nama pelajar beliau siap ada gelaran lagi. Kawan saya sudah kena, jadi Ustaz dalam kelas. Akhir sekali, apa yang saya suka akan Cik Izazol ini ialah beliau seorang yang berjiwa muda walaupun dah kira berumurlah sikit. Hihihihi. Jiwa muda yang saya maksudkan ialah beliau mengikuti perkembangan semasa yang membolehkan beliau mudah mendapat tempat di hati para pelajarnya.

Baiklah, watak kedua yang ingin ulas ialah kawan baik saya. Saya panggil dia sebagai Nana. Nana ni merupakan rakan seperjuangan saya mengambil program yang sama. Apa yang menarik tentang Nana memang cantiklah. Maklumlah, orang semenanjung terutama Kelantan memang cantik-cantik belaka. Hihihi. Nana ni seorang yang baik dan penyayang. Dia selalu mengambil berat akan orang lain melebihi dirinya. Saya masih teringat masa saya tidak ada kewangan kerana lambat mendapat biasiswa, Nana lah yang membantu saya dalam kewangan saya dan saya amat berterima kasih kepadanya kerana sudi menjaga kebajikan saya di sini. Selain itu, Nana ni jenis yang tidak berapa minat perkara lain, melainkan badminton. Cakaplah apa yang seronok kat dunia ni, dia cuma pilih dua, konsert dan badminton benda lain tak lut. Nana ni juga seorang yang penyayang terhadap keluarga. Saya selalu mendengar dia bercakap dengan keluarganya. Nana ni seorang yang tegas, kalau dia dah kata macam tu, macam tu la jadinya, janganlah nak ubah. Hari tu masa tugasan luar, saya terlambat bangun, dia dah set jam 6.00, habis sejam lewat saya bangun. Habis dibebelnya sepanjang perjalanan ke kawasan kajian. Akhir sekali, apa yang buat saya tertarik dengan perwatakan Nana, dia ada 2 versi suara. Satu suara nyaring dan satu suara garau. Kadang dengar nyaring kadang garau. Yang paling penting, perwatakan yang paling menarik antara semua, dia seorang yang manja dan manis orangnya. Kalau perasan, kat pipi dia ada lesung pipit katanya. HAHAHAHA.

Itu sahaja daripada saya, saya ingin ucapkan terima kasih sepanjang kelas ini berlangsung dan terima kasih kepada Cik Izazol kerana telah mencurahkan tenaga dan ilmu yang ada bagi membolehkan kami tahu tentang pengurusan pembelajaran daripada pengurusan bilik darjah sehingga ke persekitaran. Semoga ilmu ini bermanfaat buat kami yang bakal mendidik anak bangsa nanti. :-)

Pengurusan Disiplin

Berikut merupakan keratan akhbar yang telah diterbitkan oleh Kosmo pada hari Rabu, 18 Januari 2012 yang bertajuk "Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan". Sedikit sebanyak dengan situasi diatas, berlaku di Teluk Intan di sekolah SMK Abdul Rahman Talib dimana seorang pelajar tingkatan tiga, Muhammad Ziqril Hakin sedang bergaduh dengan rakannya pada pukul 12.30 tengah hari di sekolah tersebut. Kemudian cikgu tersebut datang dan memukul mukanya sebanyak tiga kali yang menyebabkan pelajar tersebut pengsan. Pelajar ini juga menyatakan bahawa guru tersebut tidak seharusnya melakukan sedemikian. Bagi dia, guru tersebut hanya perlu meleraikan sahaja pergaduhan tersebut tanpa menggunakan kekerasan kepada mereka.

Mengulas perkara ini, menurut Ordinan Pelajaran 1957 Peraturan Disiplin 1959 dalam peraturan 6 dalam tajuk Perwakilan Kuasa oleh Guru Besar menyatakan guru besar sesebuah sekolah bolehg dari semasa ke semasa, tertakhluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi yang disebut di atas tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasak menjalankan hukuman dera tidak oleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar. B Bagi Surat Pekeliling Iktisas Bil.10/2001 menyatakan semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing pelajar.

Saya berpandangan guru tersebut cuba untuk menjalankan tugasan beliau untuk menghentikan perbalahan tersebut. Namun saya kira, tindakan tersebut sangat keras dan tidak patut dilakukan. Hal ini yang demikian kerana sebagai seorang guru kira seharusnya menjalankan tugas dengan penuh kesabaran dan mengawal emosi serta bertindak secara profesional dalam membuat keputusan agar dapat memberi kepuasan kepada semua pihak. Pada pandangan saya, guru tersebut hanya perlu meleraikan sahaja pergaduhan pelajar tersebut dan menyerahkan kepada pihak disiplin untuk menilai masalah tersebut dengan lebih mendalam dan teliti untuk tindakan seterusnya. Ya, perwakilan kuasa memang telah diwujudkan namun, perwakilan tersebut tidak memerlukan kekerasan sebegitu bagi membimbing para murid bermasalah. Itu sahaja daripada saya. Sekian.

Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan

Berikut merupakan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak berkaitan dengan Pelaksanaan Guru Penyayang di Sekolah.  Dalam pekeliling tersebut telah dinyatakan bahawa tujuan pelaksanaan ini adalah untuk membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Hal ini telah ditegaskan pelaksanannya melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 78 Tahun 2013 dan Bilangan 9 Tahun 2013, berkaitan denan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang di Sekolah. Selain itu, penambahan untuk melaksanakan amalan 3S iaitu Senyum, Sapa, dan Salam dipraktikkan oleh semua warga sekolah. Akhir sekali semua pengetua dan guru besar diminta mematuhi peringatan ini untuk terus menghayati konsep Amalan Guru Penyayang dan meningkatkan sikap kepedulian guru terhadap muridnya pada setiap masa.

Pada pandangan saya, dasar ini sangat  baik untuk dilaksanakan kerana ia telah menyentuh aspek atau skop yang berkaitan dengan pengurusan penasihatan murid di sekolah iaitu bimbingan, penasihatan, dan mentoring. Hal ini yang demikian kerana pelaksanaan guru penyayang ini mampu mewujudkan keakraban diantara murid dan guru serta membina hubungan yang baik seperti ibu dan anak bagi memudahkan pembelajaran sama ada secara kognitif, psikomotor, dan afektif. Namun pelaksanaan  ini tidaklah begitu jitu sekiranya tidak mendapat sambutan dalam kalangan guru juga pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini yang demikian kerana masih terdapat guru-guru yang melakukan kerja secara sambilewa dan tidak mementing profesionalime sebagai seorang guru.

Selain itu, sekiranya budaya kasih sayang ini wujud dalam di sekolah, maka saya kira suasana yang harmoni dapat diwujudkan dengan kerjasama antara pelajar dan guru. Maka, para pelajar mendapqat galakan dan dorongan untuk menghadirkan diri ke sekolah kerana wujudnya sikap penyayang dalam kalangan guru di sekolah. Akhir sekali, pelaksanaan ini mampu untuk menyelesaikan masalah disiplin dan salah laku di sekolah oleh para pelajar. Terdapat pelajar yang mempunyai masalah dari pelbagai aspek kerana perbezaan yang mereka ada terutama berkaitan dengan latar belakang. Terdapat keluarga yang bermasalah yang akan melahirkan individu yang berada dalam kecelaruan dan masalah kerana terganggu komponen yang paling penting dalam dirinya iaitu komponen afektikf yang mempengaruhi psikomotor serta kognitif. Namun, keperihatinan guru-guru melalui pelaksanaan amalan guru penyayang membolehkan mereka ini mendapat rumah kedua yang mampu mendidik mereka, mengasuh, membimbing mereka memperbaiki hidup yang sedia ada untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang dan baik. Sekian, Terima kasih. :-)

Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah

Berikut merupakan keratan gambar yang telah saya capai di portal rasmi Pendidikan Pencegahan Dadah. Pengarah bagi Pendidikan Pencegahan Dadah ini  ialah YBhg Datuk Haji Isa bin Haji Abu. Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan, dan ibubapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Visi dasar ini ialah bagi melahirkan pelajar bebas dadah melalui program pelaksanaan Program Pendidikan Kebangsaan Dadah (PPDA) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas daripada dadah.

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengahuan , kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran " Sekolah Bebas Dadah tahun 2012"  Beralih kepada fungsi dasar iaitu:

  • Pendidikan pencegahan awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan BHIV/aIDS 
  • Pengurusan Program intevensi untuk murid yang berisiko dan terlibat meroko, dadah, inhalan alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan data, penyelidikan, dokumentasi dan publisiti berkaitan PPDA
  • Pengurusan Hubungan luar.


Menurut saya, pendidikan pencegahan dadah ini amatlah bagus kepada para pelajar tertutama pelajar sekolah menengah yang semakin meningkat dewasa dan banyak cabaran  kepada berkaitan perasaan ingin tahu yang membahayakan mereka. Pendedahan ini membolehkan mereka untuk mengenal pasti dadah bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan sindiket dadah yang amat merbahaya kepada mereka. Dadah merupakan musuh nombor satu negara kerana dadah memberi kesan kepada negara, kepada masyarakat, kepada keluarga, dan kepada diri sendiri yang boleh merencatkan pembangunan negara dan bangsa. Selain itu, program ini juga membolehkan para penguatkuasa untuk mengenal pasti pelajar yang sudah terlibat dalam sindiket ini agar diberi tindakan yang sewajarnya. Hal ini yang demikian kerana, terdapat pelajar yang sudah mula berjinak-jinak dengan jenayah ini sama ada penagih ataupun pengedar yang memberi kesan kepada para pelajar yang lain. Maka jelaslah bahawa Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah ini mampu memberikan kesan secara holistik yang mampu membanteras jenayah ini dari akar umbi sekaligus memelihat pelajar Malaysia daripada terlibat dengan sindiket dadah.

Pengurusan Sekolah Selamat

Berikut merupakan  keratan akhbar atas talian yang telah diterbitkan oleh Berita Harian Online pada Rabu 2 Januari 2019 pada jam 7.38 PM....